Yayasan PRIDE : Bantuan Kewangan Untuk Rawatan Kanser Payudara

Saturday, September 3, 2016

Yayasan PRIDE : Bantuan Kewangan Untuk Rawatan Kanser Payudara





PRIDE Foundation (Yayasan PRIDE), adalah satu badan kebajikan NGO bagi Kanser Payudara. Di sini, Mia ingin menyebarkan sedikit info tentang bantuan khidmat masyarakat berkenaan pemberian bantuan kewangan untuk pesakit atau bekas pesakit kanser payudara (breast cancer).

Yayasan PRIDE merupakan sebuah pertubuhan amal yang bermatlamat meningkatkan tahap kesedaran terhadap kanser payudara. PRIDE (singkatan bagi ”Pink Ribbon Deeds”) telah ditubuhkan pada 24 Mei 2006. PRIDE menyediakan satu tabung bantuan kewangan kepada pesakit dan bekas pesakit kanser payudara dalam menampung perbelanjaan harian mereka setelah menjalani rawatan untuk kanser payudara yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi dan perkara ini amat dititikberatkan oleh PRIDE.


Bersama-sama ini disertakan satu risalah berkenaan Tabung Pesakit PRIDE dan sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pihak PRIDE Foundation.




sila klik pada gambar untuk besarkan



PRIDE Foundation (734972-V)
23, Lorong Tanjung 5/4D, Off Jalan Gasing,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: +603-7960 0366 | Fax: +603-7960 1366
E-mail: info@pride.org.my

pink.. ribbon.. deeds..

5 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.