image Konsisten Update Entri Blog - Mia Liana

Friday, May 26, 2017

# Blog Matters # Tips

Konsisten Update Entri Blog


Wahhhh... akhirnya Mia berjaya mengekalkan momentum update blog ini setiap hari. Kalau sibuk sangat, Mia boleh autopost 5 entri sehari.. kalau rajin sampai 7 atau 8 entri sehari. Masih belum mampu nak update lebih dari 8 entri sehari.

Sebenarnya kan... satu kepuasan bagi Mia.. seorang blogger separuh masa yang luangkan masa di setiap awal pagi untuk menyediakan entri-entri pada pengunjung.

Memanglah kadang entri itu nampak biasa, tapi dapat banyak hits dari pengunjung.

Mia pun ada buat pemerhatian sejak awal tahun ini, rata-rata pengunjung blog ini lebih gemar kepada entri santai yang ringan. Kalau pengunjung dari enjin carian, rata-ratanya mencari maklumat yang ada di blog ini. Kalau pelajar universiti, rata-ratanya mencari tips belajar dari blog ini. Kalau blogger newbie, akan cari senarai link blog yang Mia kumpulkan dalam segmen / giveaway untuk blogwalking dan tambah kenalan selain membaca entri tips blogging dari Mia.

Dan sekarang ini dah nak puasa. Tentu entri tentang puasa, sahur, berbuka puasa, iftar, niat puasa, ramadhan, aidilfitri, buat ketupat, tema baju raya, jahit baju raya, kuih raya, juadah raya... resepi dan lain-lain pasti akan mendapat hits.

Jadi blogger kita kena pandai rebut peluang. Antara nak dan tak nak saja untuk update blog dan pelbagaikan entri untuk dapatkan pengunjung yang varieti.

Apapun kita kena konsisten update blog setiap hari supaya dapat trafik pengunjung yang konsisten. Nak mulakan memang berat, tapi bila dah mula... dah buat.. dah terbiasa... automatik akan dapat kekalkan momentum update blog yang konsisten. Cuba dulu.. baru tahu.. Boleh jadi entri yang panjang atau pendek. Terpulang pada gaya penulisan masing-masing. Ini sekadar pendapat Mia yang satu dulu ketika Mia pernah anggapnya mustahil.

Akhir kata.. tak sangka betul.. banyak juga Mia dah berceloteh dalam blog ini. Lebih 6,200 entri yang live di blog sekarang ini. Moga perkongsian dari blog ini dapat memberi manfaat pada semua.

** salam Jumaat... dari Mia di pagi ini...

7 comments:

  1. wahhh tahniah kak mia dapat kekalkan momentum tersebut.

    ReplyDelete
  2. kipidup mia. selamat menyambut puasa. yeahh, dah plan mcm2 entry ramadan ni. tetiba ramdan jadi rajin haha

    ReplyDelete
  3. Wahh! Faizah pun baru nak start rajinkan balik update blog, heheh

    ReplyDelete
  4. La ni nak dapatkan balik momentum update blog.. alahai..

    ReplyDelete