image Bahagia Yang Dicari - Mia Liana

Thursday, November 23, 2017

# Puisi Mia

Bahagia Yang Dicari



Bahagia yang dicari
Bukan wang ringgit semata
Bukan harta yang mewah
Bukan kesenangan dunia

Bahagia yang dicari
Cukup seadanya
Meniti hari mendatang
Tenang dan tenteram
Tanpa susah dan bimbang

Bahagia yang dicari
Biar ceriakan hati
Melontar jauh kisah silam
Yang perit dan menyakitkan
Tiada lagi duka dan sengsara

Bahagia yang dicari
Boleh dimiliki
Asal tidak lupa diri
Akhirat jua pasti


** puisi dari Mia malam ni....


2 comments:

  1. betul..kalau duit byk tapi tak hepy tak guna jugak..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...aamiin semoga akan dijumpai nanti...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete