Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya




Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa

Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekerjasama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.



TENTANG MAMEE DOUBLE DECKER

MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1971 merupakan cetusan idea bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew yang berkecimpung aktif dalam industri penghasilan mee kering. Perniagaan kecil ini kemudiannya berkembang menerusi label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka sebelum dikenali sebagai MAMEE-Double Decker. Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee Nam bersama dengan kesemua ahli keluarga – kini generasi ketiga – berjaya membangunkan syarikat menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia. MAMEE-Double Decker yang diperbadankan pada 1991 mula tersenarai di papan bursa Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada tahun berikutnya dan telah menjadi syarikat persendirian sepenuhnya pada tahun 2012. Sehingga kini, syarikat dan kilang MAMEE-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia – termasuk di Kuala Lumpur dan Kuantan, dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan – sebelum melebarkan sayap ke Myanmar, Indonesia dan Timur Tengah (dalam proses perbincangan)

TENTANG SHINSEGAE FOOD
Shinsegae Food adalah salah satu daripada syarikat teras gabungan Syarikat Kumpulan Shinsegae yang bermula sebagai sebuah kedai serbaneka pada tahun 1930 (Antara 10 Syarikat yang terbesar di Korea dari segi gabungan aset dengan hasil jualan USD24.8 bil. yang dicatatkan pada tahun 2016), bermatlamat untuk memperkukuhkan unsur-unsur teras dalam industri makanan. Shinsegae Food telah menyelaraskan fungsi-fungsi utamanya kepada sistem sejajar, antaranya sumber bahan mentah kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, logistik, pemasaran dan jualan, pertama kali dalam industri makanan sejak dua puluh tahun yang lepas.
Shinsegae Food merupakan peneraju dalam perkhidmatan katering makanan domestik untuk dua dekad yang lalu, kini menumpukan usaha membangunkan perkhidmatan Katering makanan yang premium dan mendahului pasaran perkhidmatan makanan Korea dengan menggabungkan perniagaan Restoran dan katering makanan. Shinsegae Food adalah pengusahaan profesional dan organisasi maju dalam penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran makanan dan berusaha untuk menjadi syarikat terkemuka dalam produk-produk Makanan Sedia Ada (RTE), Sedia Untuk Dimasak (RTC) dan Makanan Rumah Gantian (HMR) dengan pelaburan dalam kemudahan dan teknologi baru.

Di samping itu, Shinsegae Food turut menerajui perniagaan berteraskan global di Korea yang melibatkan pencarian jenama produk makanan global yang terkemuka, mendapatkan lesen-lesen eksklusif dan membekalkannya ke pasaran-pasaran tempatan. Malah, restoran-restoran baru dan lebih khusus termasuk Olbaan, O’slo, Gramercy Hall dan Johnny Rockets dilancarkan untuk menggambarkan perubahan trend secara mendadak dalam budaya pemakanan.


** press release...


Post a Comment

3 Comments