image Layan Lagu Ku Mohon Oleh Sheila Majid - Mia Liana

Tuesday, 13 March 2018

# Entertainment Matters

Layan Lagu Ku Mohon Oleh Sheila Majid




Lagu Ku Mohon Oleh Sheila Majid. Satu-satunya lagu lama yang sentiasa meniupkan semangat Mia di kala rasa putus asa dan tiada harapan. Kadang-kadang ada seketika mood akan menjadi down. Di kala ini, lagu memainkan peranan untuk mententeramkan jiwa. Daripada buat benda yang bukan-bukan untuk hilangkan stres, lebih baik duduk diam dan dengar lagu untuk tenangkan jiwa.

Lirik lagu ni amat mendalam maksudnya dan lebih kepada merayu, merintih dan berserah kepadaNya. Mohon agar diberi kekuatan untuk mengharungi liku-liku yang terasa begitu sangat mencabar. Diberikan keyakinan diri tanpa putus berdoa. Percayalah pada perancanganNya, mungkin ini yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Moga diberi petunjuk dan hidayah daripadaNya... amin...

Selagi bernyawa, selagi itu akan diduga. Tabahlah untuk meneruskan kehidupan di hari-hari yang mendatang. 


Video Lagu Ku Mohon Oleh Sheila Majid



Lirik Lagu Ku Mohon Oleh Sheila Majid

Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati... Kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu



** teruskan berdoa dan berusaha... moga berjaya tempuhinya....


5 comments:

  1. teringat msa dia nyanyi live lagu ni...memang power lah

    ReplyDelete
  2. sheila majid always been my faberet singer..
    sampaikan anak saya yg lahir pd tahun 1993,
    masa sheila majid tengah top dengan RAP production ..
    saya abadikan nama dia kt anak saya ..
    jadi Noor Sheila ..
    hampir kesemua lagu sheila kesukaan saya ..
    termasuk la lagu ku pohon ni

    ReplyDelete