Sebuah Pilihan .. Sekadar Renungan


Hidup ini penuh dengan pilihan, yang tidak terduga ataupun yang telah dirancangkan. Dan memilih jalan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, ia penuh dengan pengorbanan. Ada yang disakiti dan ada yang menyakiti, semuanya tergantung pada diri kita, hendak dibawa ke mana kaki ini melangkah.

Dalam hidup, memilih itu tidak dapat dielakkan, kerana memilih adalah salah satu jalan hidup dan memilih jalan hidup itu tidak mudah, semuanya terpulang kepada keberanian kita untuk mengambil keputusan, mengambil risiko.

Menyesal atas sebuah pilihan bererti kita gagal dalam mengertikan kehidupan, kerana pilihan adalah sumber dari hati kita, oleh itu, maknai pilihan kita dengan sebuah perjuangan. Dengan perjuangan, pengorbanan tidak akan sia-sia, siapa yang disakiti dan siapa yang menyakiti akan menyedari betapa berharganya hidup atas pilihan dari
hati.

Memilih bukan untuk menyesali masa lalu, tetapi untuk menyusuri hari esok yang lebih baik.

Post a Comment

1 Comments

  1. hidup penuh dugaan dan cabaran. apa-apa pun yang mendatang kita mesti harunginya :)

    ReplyDelete