Alhamdulillah, Mia dapat cek dari nuffnang. Dapat juga menampung keperluan semasa. Kebetulan Mia sedang sibuk buat kempen untuk mengundi Mia. Ibarat kata orang, pucuk dicita ulam mendatang.

Mia pun buat flyers hampir 1000pcs untuk diedarkan di OUM Johor pada 14 dan 15 Mei 2011 semasa sesi pendaftaran pelajar-pelajar baru dan juga semasa datang kelas nanti.

Di kala ini juga, Mia pun tengah survey cenderahati yang bakal diberikan kepada pengundi-pengundi Mia dalam kuantiti yang banyak. Memanglah tidak seberapa. Opppss.. tak nak cerita banyak-banyak nanti terpecah rahsia pula.

Yang penting sekali, dapat cek dari Nuffnang tentulah suka. Terima kasih kepada Nuffnang. Jasamu akan dikenang.