Semalam pagi, Mia pergi ke OUM Johor untuk sesi pendaftaran Semester Mei 2011 dan pengambilan modul. Terfikir juga idea, kalaulah dapat sokongan padu daripada pelajar-pelajar OUM Johor sendiri. Alangkah bestnya.....

Alhamdulillah, cadangan Mia untuk membuat promosi Vote For Me Everyday untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada Pengarah OUM Johor sendiri, En Abdul Rahim Bin Mohamed Amin. Begitu juga dengan orang kuat Kelab Pelajar OUM Johor, Presidennya, En Jani dan Timbalan Presidennya, En Jamal.

Sebagai permulaan, 50 keping flyers telah pun diedarkan kepada pelajar-pelajar semasa pendaftaran. Ada juga pelajar-pelajar yang terus undi Mia menggunakan Wi-Fi OUM Johor. Sungguh pun begitu, Mia akan sediakan lebih banyak flyers semasa sesi pendaftaran pelajar baru pada 14 dan 15 Mei 2011. Edaran akan dibuat bersama dengan Jawatankuasa Kelab Pelajar OUM Johor.

Kalau pelajar dari IPTS / IPTA lain boleh undi Mia... takkanlah pelajar-pelajar OUM Johor sendiri tidak boleh undi? Masing-masing memang akan sentiasa online untuk mengakses sistem myVLE dan sudah tentu memiliki akaun Facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan.

Undilah Mia , hanya 4 langkah sahaja diperlukan.
  1. Hanya perlu klik pada ikon DiGi Vote For Me! side bar kanan blog ini atau KLIK SINI  terus untuk undi.
  2. Login akaun Facebook
  3. Taip Captcha Word
  4. Tekan butang Vote
Untuk tengok video demo, KLIK SINI

Antara gambar yang sempat diambil semalam. zasss...






p/s : begitu meriahnya suasana di kafetaria... wajah baru yang menceriakan....