Sekejap betul masa berlalu. Tak sangka Sofea kini dah 2 tahun 7 bulan. Setiap hari adalah pengalaman dan pelajaran buatnya. Ada sahaja yang ingin dicuba, ditiru dan digayakan.

Sekarang ni, Sofea dah pandai nak solat. Walaupun baru permulaan, nampak gayanya didikan agama perlulah diterapkan dari kecil. Syukur sangat Sofea cepat tangkap dan mudah nak belajar. Dah pandai bentang sejadah sendiri dan pakai telekung walaupun senget-senget. Selepas dibetulkan, barulah solat sama-sama.

Bila dah besar macam ni, selalu juga Sofea ikut atuk dan neneknya (ayah dan emak Mia) pergi jalan-jalan. Memang manja betul dengan neneknya.

Gambar di bawah ini diambil semasa Sofea di Masjid Kuala Pilah minggu lepas masa atuk dan neneknya nak ambil Bella, adik Mia yang belajar UiTM di sana. Sekarang ni tengah cuti semester bagi pelajar UiTM.

Jom tengok Sofea...zass.....



p/s: sejuknya hati Mia bila tengok Sofea dah mula nak solat...