Berakhirnya Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



Alhamdulillah... syukur sangat Mia. Segmen Bloglist 12 Jam yang Mia adakan bermula 12.01 tengahari semalam sehingga 11.59 malam tadi telah pun berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih ya...

Ramainya yang join segmen ini. Segmen yang copy dan paste coding entri ini rupanya menarik minat ramai blogger di luar sana. Kiranya Mia ni, pencetus inovasi baru dalam bersegmen. Memang Mia dah siapkan coding entri penyertaan terlebih dahulu bagi memudahkan peserta segmen membuat entri. Lagipun segmen ini hanya dalam tempoh 12 jam, tercetuslah idea nak buat coding entri. Senang dan mudah bukan? Tidak sampai 1 minit entri penyertaan dah siap. Teringin juga nak tanya... suka tak kalau join segmen yang macam ni?

Sebanyak 74 penyertaan yang Mia terima semalam dengan 1 penyertaan yang tidak lengkap. Sila semak senarai peserta segmen di SINI. Jika tiada dalam senarai, sila maklumkan pada Mia.

Mia bercadang untuk melengkapkan senarai blog dalam bloglist Mia paling maksimum 25 blog sahaja. Jadi mungkin akan ada lebih 15 blog untuk pemilihan nanti. Sebelum itu, izinkan Mia untuk membelek-belek blog peserta segmen supaya dapat membuat pemilihan yang tepat dalam beberapa hari ini. Sambil-sambil itu, silakan blogwalking dan berkenalan sesama peserta segmen.

Keputusan akan diumumkan pada 28 Februari 2013 dan diharap anda semua akan bersabar ya...

mood suka...

Post a Comment

58 Comments

  1. segmen coding entri tu menarik..mula2 x faham..coz x reti sgt pasal coding2 ni sume..then bila baca betul2 rupanya mudah je...
    next time kak mia buat la segmen camni..senang nk masukkan lam entri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear... sempat betulkan kesilapan tu. insyaAllah... lepas ni kalau buat segmen, kak mia buat yang style macam ni...

      Delete
  2. segmen coding tu lain dari yg lain...bila dah publish... remy kena edit balik..sebab dah double syarat2nya.... he3... semoga remy antara yg terpilih nanti kak mia......he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. sebab remy dah buat ayat dulu baru paste.... takpe. kak mia terima. asalkan coding entri dimasukkan sepenuhnya.

      Delete
  3. yup.. ini cara baru untuk bersegmen.. Lagi mudah dan cepat untuk menyiapkan segmen itu.

    ReplyDelete
  4. paly nk ikot care kak mia plak untk segmen2 akan datang :)

    ReplyDelete
  5. Betul kak mia..cara kak mia guna coding itu memudahkan perserta segmen. Bagus idea kak mia, bolehlah saya cuba. ^_____^

    ReplyDelete
  6. tak sempat join. semlam sibuk di luar

    ReplyDelete
  7. segmen paling senang. sebab tinggal copy paste coding jek =)

    harap2 adala rezeki nanti .. o.0

    ReplyDelete
  8. Style coding tu best sangat. alia baru lagi dalam dunia blog ni. jarang join segment. bila tgk kak mia buat style coding tu. alia terus join :D

    ReplyDelete
  9. Ramai jugak yang join..
    Goodluck untuk yang join segmen ni ^_^

    ReplyDelete
  10. Tak sempat join huhu.. Semalam sibuk dgm macam2 program..

    ReplyDelete
  11. good idea....syah slalu mmg follow segmen Mia.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...alamak mama terlepas ke rupa2nya jadi mama terlambat la ni yer...n3 tu baru postkn tadi malu jer...x apa la kalau x ada dlm bloglist Mia sbb mama pun baru berblogging semula tadi sbb cuti demam yg lama...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... takpe... next time kalau mia buat segmen lagi, mama join ya...

      Delete
  13. segmen paling senang dan cepat , copy paste coding html je , boleh diteruskan lagi , goog luck

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak mia...best ada segmen yg compy html ni..hehhe..1st time rasanya jumpa segmen yg copy coding ni.. :D lain kali buat lg ye..hehe

    ReplyDelete
  15. Betul tu memang senang bila dah ada coding, copy then paste je..menarik betul, lain kali boleh buat macam tu lagi kan Mia:)

    ReplyDelete
  16. 1 st tie ada segmen cm gini guna coding .;..seronok plak

    ReplyDelete
  17. shida xdan nk support la kak mia sorry..huhhu line internet meragam kak huhuhu..

    ReplyDelete
  18. Tahniah kak mia walaupun hanya 12jam tp penyertaan yg ramai.. Okey okey baby tunggu ye keputusan tu

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Kerana penyertaan yang mudah dan sgt canggih telah menarik minat saya utk buat pertama kalinya menyertai sesebuah segmen.
    Satu pembaharuan dan menarik.
    Sudilah kiranya berkongsi ilmu..dgn membuat satu tutorial khas untuk membuat coding entri...(jika sudi)
    Tahniah diatas penganjuran segmen yg sgt berjaya ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya... good luck untuk segmen ni... memang ramai berkenan dengan cara mia ni, tengoklah kalau sempat mia buat tutorial.

      Delete
  20. mmg seronok join segmen camni....copy dan paste je terus siap....lepas ni bolehlah penganjur segmen yg lain guna kaedah camni...terutamanya yg kena letak senarai sponsor2 tu...letih tu nak link kan satu2 sponsor....haha

    ReplyDelete
  21. wah...ramai yg join wlaupon seharii..tahniah2 :D

    ReplyDelete