Bebelan Di Tengah Malam (3)

Tak sangka ya dah masuk siri ke 3 entri ini dengan tajuk bebelan di tengah malam. Maklumlah kan... tak banyak cakap hari ini (jaga tekak supaya tak gatal dan tak batuk), itu sebab nak membebel kat dalam blog ni.

Pertamanya, Mia amat sayang dengan semua pengunjung blog ini. Sebab terlalu sayanglah ada beberapa aktiviti yang akan dibuat sepanjang tahun ini. Mula-mula Mia nak habiskan dulu Segmen Banner #3, tinggal lagi 3 banner akan tamatlah segmen itu nanti. Cuma di kala ini, mood nak buat banner belum ada lagi. Segmen bulanan yang memang disambung dari tahun lepas, Carta Pengkomen Tegar masih lagi dikekalkan untuk tahun ini. Ada beberapa surprise menanti...  Aktiviti seterusnya akan diberitahu kelak apabila tiba masanya. Kalau ada nak bagi cadangan, amat dialu-alukan...

Tiba-tiba Mia terajin nak join segmen pula kebelakangan ini. Sebab.. Mia tahu perasannya bila kita buat segmen, tidak ada orang nak join. Jadi, Mia join untuk support dan war-warkan pada pengunjung blog ini. Jangan salah anggap pula ya... Lagi satu Mia boleh berkenalan dengan blogger-blogger lain. Dunia blogger ini sangat luas...

Tak tahu lah nak bebel apa ni lagi ni...  Mata dah mengantuk pula selepas makan ubat.... sambil-sambil tengok cerita P Ramlee kat TV2.... aduhai klasiknya... skit-skit nak jual.... jangan marahhhh... (^_^)

 kalau marah kena jual.....