Tidak dinafikan sekarang ini dah banyak sangat blog baru yang memeriahkan dunia blog. Macam-macam jenis blog pun ada selain dari blog personal, ada juga blog artis, blog informasi, blog agama, blog sukan, blog shopping dan lain-lain lagi.

Sedihnya... ada sesetengah blogger yang mengambil hasil penulisan orang lain tanpa dinyatakan sumbernya. Ini akan mengundang kemarahan kepada tuan punya penulisan tersebut. Bayangkan kalau anda mengambil masa yang lama untuk menulis satu entri yang berkualiti dan tiba-tiba hasil anda itu di copy paste oleh orang lain, dahlah tanpa kebenaran, ditambah pula dengan tidak nyatakan sumber dari blog anda. Tentu geram bukan?

Mia pun pernah lalui keadaan seperti ini. Memang cukup perit. Yang penting apa yang Mia nak sampaikan di sini. Hentikan kegiatan copy paste seratus peratus dari entri yang asal. Cubalah buat entri sendiri, anda mungkin boleh dapatkan idea dari entri tersebut tetapi karanglah entri ikut olahan dan pendapat sendiri. Mungkin mula-mula akan berasa kekok tetapi bila dah biasa ianya akan mudah dilaksanakan.

Dinasihatkan sekiranya ingin juga buat entri copy paste, cubalah buat ayat sendiri di perenggan pertama dan barulah masukkan entri copy paste. Jangan lupa untuk nyatakan sumbernya sekali.

Seharusnya kita berbangga dengan penulisan entri di blog kita yang tidak sehebat mana tetapi ianya terhasil dari luahan hati kita sendiri. Kita yang mengarang dan hasilkannya sendiri. Tidak ada entri blog lain yang akan sama dengan entri kita. Walaupun entri di blog kita tidaklah berjela-jela panjangnya, tetapi itulah hasil kita yang original. Tidak kisahlah kita update kisah apa di blog asalkan ianya datang dari kita sendiri. Barulah timbul rasa kepuasan berblog. Kepuasan inilah yang dicari sebenarnya dan juga penyuntik semangat untuk kita berblog secara harmoni.

Sekadar pandangan Mia. Belajar dari kesilapan dan pengalaman. Berubah demi kebaikan dan peningkatan prestasi blog kita.

Hanya satu sahaja yang boleh copy paste.... hmmm segmen copy paste lah.... (^_^)