Sejak kereta dilanggar lori minggu lepas, sebenarnya Mia masih belum berani lagi nak pandu kereta. Rasa macam fobia pun ada juga setiap kali lalu kawasan kemalangan. Pagi tadi cuba sekejap pandu kereta, lepas itu terus minta Suami Mia yang pandu. Debar-debar gitu rasa di dada.

Urusan kereta belum selesai lagi. Masih menunggu keputusan laporan pegawai penyiasat. Kereta belum masuk bengkel lagi. Selepas selesai, barulah hantar kereta ke bengkel. Jangkanya minggu depan. Akan claim guna insurans lori itu.

Sementara itu kami masih gunakan kereta Hyundai Getz ini yang kemek di belakangnya. Bila dah masuk bengkel nanti barulah pinjam kereta Ayah Suami Mia.

Sampai sekarang rasa macam tak percaya... betul ke tidak.... lori kontena di belakang kereta Mia tempohari.... hmmm...

Akan juga cuba pandu kereta bila emosi dah stabil dan jiwa tenteram.

nasib kereta depan agak jauh dan kereta ini keras binaannya...