Hari ini buka laman web http://www.cimbclicks.com.my  terasa pelik pula sebab ada pengumuman penting buat pelanggan CIMB Bank. Wajib ambil tahu ni..

Jom tengok..


Nampak tak? Perkhidmatan CIMB Bank akan tergendala untuk beberapa hari mulai jam 11.45 malam hari Jumaat 31 Januari 2014 sehingga jam 6.00 pagi hari Isnin 3 Februari 2014 bertujuan untuk penambahbaikan (upgrading). Dengan erti kata lain servis perkhidmatan CIMB Bank akan ditutup sementara dalam tempoh tersebut.

Perkhidmatan yang akan terjejas termasuk 
1. CIMB Bank / CIMB Islamic Branches and Service Centers
2. Self-Service Terminals
    - Automated Teller Machines(ATMs and MEPS)
    - Cheque Deposit Machines (CQM)
    - Cash Deposit Machines (CDM)
    - Foreign Currency Dispenser (FCD)
3. All Debit Card Transactions
4. Online Banking (CIMB Clicks, BizChannel@CIMB, Gateway@CIMB, Host-to-host Connectivity)
5. Mobile Banking (MyMobile, Clicks Apps, Mobile Banking Java)
6. Self-service Phone Banking

Adui.. parah juga ni. ATM dan Cimb Clicks pun tidak boleh guna nanti. Nampaknya kena keluarkan duit yang ada di CIMB Bank ke akaun bank lain supaya senang nak keluarkan duit nanti. Manalah tahu kot-kot ada emergency ke.. lebih baik bersedia daripada sekarang.

Sedang Berlangsung :

nak transfer sejumlah amaun ke akaun Maybank lah... senang sedikit nanti...