Pertama kalinya Mia nak mohon maaf jika ada yang tidak selesa bila Mia paparkan entri ranking alexa ini. Manalah tahu kan... ada yang tidak suka. Sebenarnya, ia adalah sebagai rekod prestasi blog ini dari semasa ke semasa kerana Mia ada buat beberapa kajian pada bulan Januari ini sama ada ianya berhasil atau pun tidak. Mia tidaklah pandai mana dan tidak sehebat blogger-bloger otai lain yang menggunakan platform wordpress. Mia gunakan platform blogspot sahaja dan perlu usaha gigih untuk memastikan blog ke tahap yang diingini.

Alhamdulillah.. nampaknya seperti menjadi bila ranking alexa semakin bagus iaitu nilainya semakin kecil. Sungguhpun begitu Mia bukannya boleh mendabik dada, kerana mungkin selepas sesi kajian selesai, ranking alexa boleh naik dan juga boleh turun.

Suka sangat... Terima kasih kepada pengunjung yang singgah di blog ini. Selagi mampu, Mia akan  berblog seperti biasa dan jadikannya sebahagian daripada hidup Mia.



Global Rank : 45,774
Rank in Malaysia : 231

sumber : SINI

Klik SINI untuk laporan sebelum ini.

Jemput tengok ranking Alexa blog anda dengan klik SINI dan jangan lupa masukkan URL blog anda ya...

rekod laporan kedua di tahun 2014.....