Soal Selidik 3 : Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?

Wahhh.. dah masuk tahun 2014 ini, sebelum bulan Januari melabuhkan tirainya izinkan Mia untuk jalankan satu soal selidik pada pengunjung blog ini bagi mendapatkan Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com pada awal tahun ini.

Cuma hanya ada satu soalan sahaja iaitu apakah perasaan anda apabila datang ke blog ini?

1. Suka
2. Benci
3. Ceria
4. Sedih
5. Jeles
6. Seronok
7. Menyampah
8. Moody
9. Teruja
10. Tiada perasaan

Ada 10 jawapan sahaja di atas. Boleh pilih lebih daripada satu jawapan. Jangan risau, tiada jawapan yang salah untuk soalan ini. Sila jawab di ruangan komen ya.. Akan ada entri khas nanti untuk blogger yang sudi menjawabnya. Tutup pada 11.59 malam 27 Januari 2014. Entri khas akan dikeluarkan pada esoknya, 28 Januari 2014.

Manalah tahu Mia ini tersyok sendiri seorang-seorang. Nak juga tahu maklumbalas daripada pengunjung. Dalam pada ini, sekiranya blog ini ada kekurangan yang perlu ditokok-tambah, bolehlah inbox fanpage Mia untuk lebih privasi. Cadangan membina amat digalakkan.

Silakan menjawabnya dengan tenang ya...

jawab... jangan tak jawab...

Entri berkaitan :
- Soal Selidik #1
- Soal Selidik #2