Permulaan bulan Mei agak sibuk buat Mia dengan komitmen kerja yang semakin bertambah. Begitu juga dengan komitmen keluarga yang tidak pernah sekali diabaikan. Namun begitu, Mia masih mampu untuk membuat giveaway Ephyra dan update blog dengan konsisten. Aktiviti blogwalking teramatlah terhad. Jeles betul bila tengok blogger lain dapat blogwalking.

Nak buat macam mana... dah namanya kita ni blogger separuh masa bukannya sepenuh masa. Kalau sepenuh masa tentu boleh berikan komitmen sepenuhnya pada blog.

Ranking Alexa juga telah menurun sedikit berbanding dengan sebelumnya. Bukan senang nak jaga ranking ni, nak-nak blogger yang banyak komitmen seperti Mia. Tapi tidak mengapa, asalkan masih di bawah 300 Alexa Malaysia pun dah cukup memadai buat Mia. Biasalah kan... kadang naik.. kadang turun.. adat lah.

Alexa Traffic Rank : 33,781
Traffic Rank in MY : 244

Sumber : SINI

Laporan sebelum ini di SINI.

Alhamdulillah, syukur sangat. Blog ini masih menerima bilangan pengunjung yang konsisten. Terima kasih ya...

 laporan rekod awal bulan Mei 2014...

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi.
Klik SINIuntuk join.