Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya kita ingin memantapkan blog kita. Salah satu caranya ialah dengan gaya penulisan tersendiri. Bila kita banyak membaca, sudah tentu kita boleh menulis sendiri. Carilah bahan bacaan yang digemari. Mungkin baca suratkhabar, artikel, baca entri blog yang berinformasi atau apa-apa saja bahan bacaan. Pada mulanya susah atau blank ketika menulis disebabkan ketandusan idea atau tidak tahu nak tulis macam mana sedangkan idea banyak di benak kepala. Tapi lama-kelamaan, bila kita selalu membaca dan praktikkan menulis pasti boleh nanti.

Tentu ada sedikit perasaan jeles bila bertandang ke blog orang lain, dengan entrinya yang panjang jela, mesej yang disampaikan jelas serta gaya penulisannya yang cukup teliti. Maksud Mia di sini ialah kategori entri yang berkualiti. Kalau baca rasa bestnya karangan dia ni... dalam hati akan bercakap begitu. Kalau blogger mampu buat seperti itu iaitu mampu membangkitkan perasaan sedemikian pada pengunjung, nescaya memang terbaiklah penulisan anda. Itulah kepuasan yang dicari. Pengunjung suka dengan gaya penulisan kita yang tersendiri.

Ada juga yang buat entri santai-santai dan tidaklah panjang jela juga mampu dikategorikan sebagai entri berkualiti jika maklumat yang disampaikan benar-benar membantu pengunjung.

Blogger bukan setakat menulis sahaja ke dalam blog kerana ianya boleh berikan impak yang besar bila apa yang ditulisnya mampu mempengaruhi pengunjung. Ada pelbagai jenis penulisan. Terpulang pada kita nak tulisnya macam mana asalkan ianya bersesuaian dengan apa yang nak kita sampaikan.

Sekadar pandangan Mia saja, seharusnya blogger perlu ada gaya penulisan yang tersendiri kerana itu melambangkan identiti sebenar blogger.

pikatlah pengunjung dengan penulisan kita sendiri....

Entri berkaitan :