Hati-Hati Dengan Cara Penyampaian Entri Di Blog


Pernah tak kita pergi ke mana-mana blog, lepas itu sedang membaca hati terasa terguris atau tersentuh kerana entri itu seperti menyakitkan hati kita? Itu baru baca sekali. Terfikir, sebenarnya apa mesej yang hendak disampaikan ya... Bila dah baca 2 kali barulah faham, kalau masih tak faham juga baca lagi. Bila faham barulah tahu mesej yang tersirat dan tersurat. Sila abaikan cara penyampaian melalui pantun atau puisi, kerana ianya memang berbentuk kiasan. Yang Mia maksudkan dan tekankan di sini ialah cara penyampaian entri yang selalu kita buat tu, adakah pengunjung dapat mesej yang betul atau salah. Kalau betul, tidak mengapalah. Kalau salah tentu akan mengundang ketidakpuashatian pengunjung. Tentu kita tidak mahu jadi macam itu, bukan? Maka berhati-hatilah dengan cara penyampaian entri di blog.

Jadi apalah salahnya kiranya kita letakkan diri kita di kaca mata pengunjung. Pura-pura berlakonlah macam tu. Baca balik entri kita itu, dalam 2 kali dan cuba bayangkan apakah perasaan pengunjung ketika membaca entri kita itu. Ataupun mintalah rakan baca entri itu dan beri pandangan. Seeloknya pastikan biar mesej entri itu sampai betul pada pengunjung.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh para blogger tanpa disedari. Sebagai contoh.. kadang penggunaan bahasa yang mengenakan orang lain mungkin kata-kata pedas. Kedekut nak bagi backlink. Dahlah cerita tentang blog lain, apalah salahnya bagilah backlink supaya senang pengunjung tidak tercari-cari dan juga supaya tuan punya blog itu tidak berkecil hati. Usahlah terlalu memandang rendah pada blog-blog picisan. Sebab setiap blog ada kelebihannya tersendiri. 

Bukan senang nak jaga hati dan hubungan dengan pengunjung. Cara penyampaian entri hendaklah betul dan jangan sampai pengunjung tersalah tafsir. Kesan negatif akan mula muncul dan boleh merosakkan reputasi blog. Bila reputasi blog sudah terjejas, maka tiada maknalah lagi imej dan identiti blog itu.

Akhirnya pengunjung akan lari. Mungkin terasa dengan entri itu sebab terasa macam diperli. Tak pasal-pasal kita yang kena. Padahal kita tak berniat pun nak menyinggung sesiapa. Lebih baik kita cuba atasi segera dengan membetulkan cara penyampaian entri yang salah. Apa guna kotak komen? Apa guna komen dari pengunjung? Buatlah pembaharuan. Belajar dari kesilapan. Buatlah pengunjung gembira. Cara penyampaian secara santai yang tidak terlalu berat mungkin boleh membuatkan mood pengunjung sentiasa ceria dan ingin bertandang kembali. Percayalah. Jaga hubungan dengan pengunjung blog kita kerana merekalah kita boleh berada di tempat yang ada sekarang.

Maafkan Mia jika tersinggung dengan entri ini. Mia sekadar memberikan pendapat. Mungkin entri ini sesuai untuk blogger personal. Harap jangan berkecil hati sebab mungkin kita tidak sedar betapa pentingnya cara penyampaian entri yang betul. Kadang Mia pun macam itu juga. Sama-samalah kita cuba saling ingat-mengingati dan menegur dengan cara yang diplomatik supaya semua dapat berblog dengan harmoni dalam komuniti blogger.

tiba-tiba nak tanya juga, adakah cara penyampaian entri ini sampai betul pada anda?

Post a Comment

44 Comments

  1. sebelum jadi penulis,kita kena jadi pembaca dahulu :)

    ReplyDelete
  2. Betul T_T
    Sometimes org terasa.
    Sometimes dgn qila2 terasa eheheh
    Mmg sentiasa preview dulu hiks. Kalau nampak kuajo mmg takjadi heehhe <3
    Tapi kak mia, seriously. Ayat kak mia baik lah hehhehe. Gramatis/Dramatis wtv lah tapi memang sedap baca. So far tak terasa pun hikhik <33

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang penulis entry menjadikan blog memasing sekadar tempat untuk meluahkan pandangan dan pendapat sebabnya untuk menjaga hati banyak pihak sekiranya diluahkan di depan.....

    ReplyDelete
  4. nasihat yg bagus kak mia.. kdang3 tak perasan ayat di blog boleh mengguris perasaan org

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak mia..
    Takut jugak kalau2 ada yang terasa..
    Sebab tu kdg2 teragak-agak jugak nak publish entri..

    ReplyDelete
  6. terkedu baca entri ni... serius, dlm kepala berpusing2 cari entri mana yg aku tulis yg bunyi macam diescribed by u. sejuk rasa... tp insyaallah x ada kut. bahaya jugak sekali-sekali ingat... (what a relief...)

    bt... the tone of the voice really different then most entries I have read so far... now, that is another side of you... nice... :)

    ReplyDelete
  7. betul. saya setujuuu. takut pula nanti org terasa dgn penulisan kita.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan Syira Lokman , seorang penulis wajib berjiwa pembaca , baru seimbang penyampaian dan kehendak , juga sentimen hati, macam kak mia cakap , kalau proses deliver message tak berkesan , memang pembaca tak dapat point yang si penulis cuba sampaikan :l lebih teruk lagi , boleh akibatkan saling bermusuhan sebab salah faham saja.

    ReplyDelete
  9. ok peringatan yang baik Mia..sama-sama belajarkan...

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..kak mia,

    Insaallah cuba yg terbaik agar tidak menyinggung perasaan ... mana3 blogger.

    mselim3

    ReplyDelete
  11. Kadang2 zara bimbang pyampaian mesej xsmpai ngan pbaca takpun mereka salah tafsir.. trutama bg sstgh blogger yg xabis baca. Zara noticed tu ada yg cuma baca awal jaa xabis baca conclusian dah post komen.. bimbang mereka salah faham. Mungkin zara perlu pbaiki tulisan zara spya lebih simple ntuk di fahami. Trima kasih sis mia atas nasihat.. zara blogger newbie mmg perlukn tips dr blogger otai2 ntuk tahu kesilapan smasa berblog skaligus pbaiki blog kita.^^

    ReplyDelete
  12. emm..hati2 gk tulis di blog..takut2 terguris hati pembaca..

    ReplyDelete
  13. senang letak, penulis takleh nak puas ati sume orang.. nasihat yg ni, tu yang terasa, kite bg info, kate nak perli.. paling terbaek, biar pembaca tau diri kite dan cara pnyampaian.. bile pembaca dah kenal penulis, pedas pun tetap terima.. pembaca sntiasa pergi dan datang, tu bnde biasa.. ye tak kak mia ? :)

    ReplyDelete
  14. satu lagii.. reputasi blog tetap kene jaga.. etika menulis pn kene ade.. biar la ade yg membenci, yg penting blog tetap bagos pada pembaca setia.. tu yg best

    ReplyDelete
  15. Betul tu kak mia.. Erk, penyampaian di blog Mieza okay ke? Ke berat sangat? Huhu..

    ReplyDelete
  16. yeah..tegurun itu adalah nasihat begitu juga sebaliknya.. selang selikan dengan unsur santai bermasej dalam penulisan entri... itu jika sy jd pembaca blog orang..

    ReplyDelete
  17. betul tu. kadang2 benda dah tersasulkan tapi sebolehnya betulkan balik. BBL datang singgah blog kak mia.

    #lama tak singgah. sakit deman.. uhuk..uhuk..

    ReplyDelete
  18. betul tu kak..kena jaga jugak hati pembaca

    ReplyDelete
  19. sebelum saya menjadi blogger,saya suka membaca blog.eh?

    ReplyDelete
  20. tu kadang2 banyak kali baca post sebelum publish

    ReplyDelete
  21. betul kak..saya suka nasihat akak ni. akan jadi ingatan buat diri ini

    ReplyDelete
  22. Fikir sebelum sebelum publish ... hehehe . terima kasih ingatkan :)

    ReplyDelete
  23. harap ramaila pembaca baca entry akk ni..termasuk sayala..hehe..sometime kalau nak wat sesuatu pikir dahulu

    ReplyDelete
  24. Yeahh miza selalu baca berkali-kali bila update entry. Hihihi. Kadang ada juga pengunjung yang datang singgah comment tak baca pun isi dalam entri tu dan terus je comment dengan hanya berdasarkan tajuk (buat andaian sendiri). Sabar je la. Ehh haa nanti kak mia ajar la macam mana nak sampaikan entri dengan betul. Selalu tertanya-tanya pada diri :)

    ReplyDelete
  25. Terasa gk.dgn n3 ni... Tpi btullh tu... Kdg2 setiap pnyampaian kita dislh tafsir oleh org lain... Sbb mnulis x sma dgn bersuara....

    ReplyDelete
  26. kalau berkaitan dgn info memang selalu kita berhati2 cari sumber yg tepat..takut nnt kalau tak btl lagi bahaya.

    ReplyDelete
  27. ape pun kita kena berfikir secara positive..kalau sentiasa berfikir positive,Inshaallah positive la jadinya.Di blog ni terutama blog personal memang ada luahan perasaan yang secara tak lansung ada yang baik ada yang buruk.pembaca juga mesti faham keadaan penulis..So kiranya saling memahami gitu..win-win situation :) memang betul tu saling mengingati

    ReplyDelete
  28. pd pndpt sy, stiap penulis ade sbb buat blog esp yg berkaitan personal...normally they dun expect to gain more followers...lgpun ade org jenis xreti luah pendpt dpn2 so dia gune blog utk wut luahan ati...pembce pun knelah cube fahami situasi yg penulis alami sehingga dia wut entry mcm tu...ehehe...

    anyway...ade x entry sy yg mgguris ati?? rse ade la jgk 3-4 entry panas yg ditujukan kt ssorg yg suke dengki dgn sy...xtau la klau org lain lak terasa...huhuhuhuuh

    ReplyDelete
  29. terima kasih mengingatkan kak mia...
    kadang2 mungkin tengah emosi, tu yang menyebabkan lain penilaian...
    apa-apa pun, sentiasa letakkan diri di tempat orang lain...^_^

    ReplyDelete
  30. kadang2 terasa juga kak...mcm-macam dalam dunia blog nie yang paling sy tak suka blog/entri pasal politik..ada yang buat cerita yang suka melaga-laga org lain sama ada dari segi perkauman, parti , agama dan lain-lain..dah xde cerita lain ke nak cerita..?? kesimpulan paling senang kita boleh buat, banned je, xperlu la nak p ke blog mcm tu..

    ReplyDelete
  31. paling suka blog yang santai.. tidak kepada politik atau perkauman..

    ReplyDelete
  32. suka dengan cara penyampaian aka. terima kasih atas nasihat nih ya kak :)

    ReplyDelete
  33. T kasih diatas nasihat & tips ye Mia.. all the best.. :)

    ReplyDelete
  34. Salam perkenalan..saya baru berjinak2 dengan blog..terima kasih kak mia atas tips yang menarik..all the best!!

    Ketahui Rahsia Rambut Menawan.KLIK SINI

    ReplyDelete
  35. Terima kasih atas nasihatnya. :) InshaALLAH, akan cuba dibaiki. ^^

    ReplyDelete