Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Pagi ini Mia nak berceloteh tentang buat entri baru backlink kan ke entri lama.

Kadang kan kita ni asyik buat / update blog dengan entri baru saja. Ada pernah terfikir tak apa jadi pada entri lama yang dah tersimpan lama kat blog kita? 

Memang entri itu telah diindeks oleh enjin carian dan kita boleh dapat trafik dari pengunjung enjin carian. Ada Mia cerita kat SINI. Itupun jika keyword yang dicari oleh pengunjung terjumpa entri lama blog kita yang berkaitan.

Satu lagi cara yang paling mudah nak bawa pengunjung ke entri lama ialah sekiranya kita ada buat entri baru yang ada kaitan atau sangkut paut dengan entri lama, apalah salahnya backlink kan ke entri lama. Rajin-rajinkanlah diri tu godeh entri lama. Tentu kita ingat apa yang kita dah update kat blog kan... 

Untuk lebih jelas lagi, maksudnya di sini buatlah pautan / link url entri lama dalam entri baru. Jadi... pengunjung yang ingin tahu tentang keterangan lanjut tentang penulisan entri baru, pasti akan klik ke link tersebut.

Banyak faedahnya buat backlink ke entri lama ni supaya entri lama di blog tidak terabai. Tapi kalau buat tu, jangan sampai banyak backlink pula, nanti keliru dan rimas pengunjung kita. Memadailah seadanya.

Mia ambil contoh entri Rosa T Mild Cleanser Garden of Eden di SINI





Dapat komen baru dari Aqilah Azmi dan Arisa Mihashi. Terima kasih ya... (^_^)

Pageviews untuk entri lama pun akan turut bertambah walaupun tak banyak. Tentu suka entri lama dibaca orang walaupun kadang tak ada komen. Terasa berbaloi dan bestnya...

jangan lupa entri lama di blog...