Sebelum tengahari tadi, Mia masak mee sup ayam simple untuk Sofea. Selepas ambil Sofea balik dari sekolah tengahari tadi, Mia hidangkan untuk makan bersama. Suka Sofea. Makan siap bertambah.


Separuh hari Sofea kat sekolah. Dari pagi hingga tengahari. Ada aktiviti Kem Bestari Solat. Balik-balik tentulah penat dan lapar perutnya.

Lagi best kalau bubuh daun sup dan bawang goreng. Mia tak plan pun nak masak sup. Asalnya nak masak tomyam... tapi tengok cuaca hujan, tu yang terus masak sup.

Syukur.. alhamdulillah. Rezeki hari ini.

** menu lunch dan dinner hari ini....