Suplemen Kacip Fatimah Phyto Plus Capsules

Baru seminggu Mia makan suplemen kesihatan Kacip Fatimah Phyto Plus Capsules. Nampaknya macam serasi. Mia baru nak cuba sebotol dulu. Ada 60 biji pil semuanya. Ya lah.. umur bukan semakin muda. Sebab itu kena jaga kesihatan dalaman untuk menyerlahkan yang luaran. 




Jom baca apa kelebihannya... Mia kongsikan di sini.


Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM bukanlah pil hormone. Ia adalah suplemen yang menggalakkan keseimbangan hormon.

EKF sangat disyorkan kepada wanita bujang/berkahwin yang mempunyai masalah dengan kitaran haid, keputihan keterlaluan/berbau, sebagai selusuh (ambil selepas minggu ke-38 kehamilan) dan selepas bersalin atau keguguran.

Ia boleh diambil oleh wanita yang belum berkahwin, sedang menyusukan anak dan sedang mengamalkan pil perancang.

Ia boleh digunakan oleh wanita yang mengalami keputihan yang melampau dan kegatalan sekitar faraj.

Ia akan merawat kecederaan rahim dan faraj selepas melahirkan atau keguguran. Ia meningkatkan kesuburan semula wanita yang keguguran atau merancang untuk hamil.

Bagi wanita yang mengalami senggugut yang kuat, terutama wanita yang belum berkahwin, boleh juga mengamalkannya. Selalunya doktor di klinik hanya memberikan ubat penahan sakit bagi masalah senggugut.

Ia membantu pesakit PCOS tahap sederhana, endometriosis tahap sederhana dan yang mempunyai fibroid bersaiz kurang 2cm. 

Begitu juga bagi wanita yang mengalami "turun peranakan' (uterine prolapse) peringkat awal, boleh mengamalkannya supaya tidak menjadi lebih teruk.

Ia boleh diamalkan sebagai suplemen, kerana memberikan tenaga kepada wanita dan menggalakkan pembentukan sel darah merah. Ia juga meningkat syahwat terhadap suami supaya hubungan suami-isteri bertambah baik.


** sihat dalaman dan luaran...


Post a Comment

3 Comments