Beli Buku Teks Sains Tingkatan 2 Edisi Melayu

Kisahnya sebelum habis musim persekolahan yang lepas, Sofea dapat pinjaman buku teks untuk tingkatan 2. Selepas disemak, ada satu buku teks yang dah rosak dan banyak koyak muka suratnya untuk subjek Sains. Jadinya Mia ada survey kat Badan Cemerlang Bookstore di Plaza Angsana Bandar Baru Uda, malangnya dah habis stok yang edisi bahasa melayu. Yang ada cuma edisi bahasa inggeris sahaja. Terus Mia fikir nak cari kat Kedai Buku Popular pula. Dulu pun macam ini juga, siap order dan tunggu sehingga stok sampai ke kedai buku.

Bila duduk diam-diam kat pejabat, sambil memikir macam mana nak beli buku teks ini sebelum naik musim persekolahan yang baru. Rakan sepejabat bagi cadangan suruh cuba cari kat Shopee. Lahai, melambak dalam itu. Pilih seller yang ada banyak sale. Terus Mia beli kat Shopee. Semalam baru sampai ke rumah.



Alhamdulillah... lega sudah hati ini. Senang dan memudahkan beli online. Syukur sangat. Nak Sofea selesa belajar di sekolah nanti.


** persediaan naik sekolah....



Post a Comment

1 Comments