Finisher Pine Run 2K26

Sebelum ini, Mia ada kongsikan di SINI tentang event Pine Run 2K26 sempena MAHA 2026, dan di SINI pula Mia ada ceritakan pengalaman menyertainya. Sesekali meluangkan masa untuk aktiviti riadah yang sihat bersama seisi keluarga seperti ini, memang sangat berbaloi. Tambah meriah lagi apabila ramai juga rakan sekerja dari pejabat Mia yang turut serta memeriahkan larian ini.

Tiba masanya. Pada hari Ahad, 6 September 2026 selepas Subuh gerak dari hotel ke Laman Nanas di MAEPS Serdang. Berkobar-kobar semangat ini. 

Jom tengok...



Berkumpul di ruang legar hadapan Laman Nanas bersama peserta larian yang lain. Sesi dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan (warming up) sebelum kami mula berlari.






Sambil berlari, sempat juga berswafoto (selfie) dengan Sofea berlatarbelakangkan pemandangan sekitar MAHA 2026 sebagai kenangan. Larian kali ini memang menguji ketahanan dengan laluan berbukit yang mencabar. Kadang-kadang berlari, kadang-kadang berjalan, namun yang paling penting kami teruskan langkah sehingga ke garisan penamat!







Alhamdulillah, selesai juga akhirnya! Seronok sangat bila penat lelah terbalas dengan medal. Dapat pula buah nanas segar dan macam-macam kudapan berasaskan nanas. Memang berbaloi!





Event selesai dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta larian. Kiranya ini adalah pencapaian terbaik Mia dan Sofea dapat berlari sejauh 5.6km dengan tempoh masa 1 jam 12 minit. Syukur...



Selepas ini dah boleh aktiviti larian lain yang 5 km jaraknya dengan Sofea. Chaiyukk....


* Sweet memories of Mom and Daughter..... 

Post a Comment

0 Comments