Sebelum ini Mia ada war-warkan di SINI  untuk penyertaan Larian 5KM di Laman Nanas MAHA 2026 pada 6 September 2026 di Laman Nanas, MAEPS Serdang. Macam menarik jadninya Mia dengan Sofea join sebagai sokongan moral menyokong salah satu aktiviti anjuran pejabat Mia sempena MAHA 2026. Nak bawa Sofea jalan-jalan kat MAHA 2026 lebih-lebih lagi Sofea telah pun selesai menjawab peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini.



Cubaan pertama Mia dan Sofea join aktiviti seperti ini. Mula-mula macam susah hati bila tengok 5km itu. Tetapi apabila Mia dah brisk walking dengan Sofea lebih 5km sejak akhir-akhir ini, insyaAllah boleh selesai nanti. Wish us luck!

** enjoy life...