Brisk Walking 10km Di Taman Merdeka Johor Bahru

Alhamdulillah, pecah rekod! Kali pertama Mia berjaya buat brisk walking sejauh 10km di Taman Merdeka, Johor Bahru pada 17 Oktober 2026. Tahniah untuk diri sendiri, penat lelah akhirnya berbaloi.

Aktiviti rutin sementara tunggu Sofea habis kelas tambahan di hujung minggu, dapatlah Mia layan me-time pusing keliling tasik sambil menikmati pemandangan yang sangat menyegarkan.



Selepas selesai berpeluh dengan brisk walking, Mia singgah berehat sebentar di restoran Richiamo yang terletak di dalam kawasan Taman Merdeka ini. Memang seronok dapat menikmati kudapan roti croissant yang rangup sambil menghirup segelas teh O ais limau sejuk yang menyegarkan.

Bila direnung lama-lama tangkap layar (screenshot) brisk walking ini, Mia rasa gembira dan puas hati tak terkata. Memang bukan mudah, tapi tak mustahil untuk habiskan jarak 10 km ini. Walaupun ambil masa 2 jam 43 minit, setiap langkah terasa sangat bermakna. Sweet sangat!

* yakin boleh.... 

Post a Comment

0 Comments