Blog itu nampak biasa. Tuannya pun bila dilihat gambarnya pun nampaknya blogger biasa. Kehidupannya pun biasa. Kawan-kawannya pun biasa. Tiada apa pun yang istimewa tentangnya. Semuanya biasa. 

Blogger itu adalah orang biasa yang mempunyai blog. Blog yang sentiasa boleh diakses 24 jam tanpa henti dengan capaian internet. Sesiapa pun boleh jadi pengunjungnya. Tidak terbatas. Tanpa had. Percaya atau pun tidak, jiran atau rakan yang rapat pun kadang tak tahu yang kita ini ialah seorang blogger.

Yang bestnya... blogger itu ada blog. Ada penulisannya. Ada pengikutnya. Ada media sosialnya. Ada komunitinya. Lebih-lebih lagi kalau blogger itu amat disenangi ramai sudah tentu begitu ramai pengikutnya yang setia. Setia di sini bermaksud sentiasa datang berkunjung ke blog kita tanpa jemu. Tanpa kira jenis entri yang di update sama ada santai atau berkualiti. Tetap akan meninggalkan komen sebagai tanda support kepada blogger yang diminati.

Mungkin ada persepsi lain tentang blog atau blogger. Tetapi bagi Mia setiap blogger ada kelebihannya tersendiri. Hargailah blog yang kita ada. Jadilah diri kita sendiri. Gunakan identiti dan niche yang sama. Biarlah pengunjung kenali kita dengan cara kita. Bukannya terikut dengan cara orang lain yang akhirnya akan mengelirukan pengunjung tentang identiti dan niche blog kita.

Kerana identiti dan niche blog itulah yang membezakan blog kita dengan blog orang lain. Memberikan nyawa, nafas dan kekuatan pada blog kita.

Contohnya. Blog seorang guru. Mungkin boleh ceritakan tentang sekolah, anak murid, kerjaya seorang guru, teknik mengajar dan lain-lain. Jadi, bila kita ke blog dia kita akan ingat ini blog cikgu sekolah. Walaupun kadang ada update kat blog tentang cerita lain, tetapi tetap akan ada juga cerita tentang sekolah.

Macam itulah. Bebelan secara santai...

mood membebel..

Entri berkaitan :
Bebel Tentang Blog (1)
- Bebel Tentang Blog (2)
- Bebel Tentang Blog (3)