Juadah Hari Raya Aidiladha 2016

Monday, September 12, 2016

Juadah Hari Raya Aidiladha 2016


Hmmm... raya haji tahun ni cuma dua juadah lauk sahaja yang dimasak di rumah keluarga Mia.

Juadah lodeh. Menu wajib setiap kali raya puasa dan haji. Macam-macam ada kat dalam lodeh ni. Bahan-bahan rencah lodeh yang diblender ialah ikan bilis, bawang besar, bawang kecil, halia, kunyit, sedikit serai dan lengkuas. Cara nak masak. Semua bahan rencah digoreng sehingga naik bau dan masukkan santan cair. Selepas mendidih, masukkan sayur kobis, kacang, lobak, tomato, sengkuang, suhon, lada merah, lada hijau. Tempe dan tauhu yang digoreng. Garam secukup rasa. Selepas empuk, baru masukkan santan pekat. Tunggu sehingga mendidih dan kemudian siap dimasak.




Juadah ayam kampung masak kicap. Fresh dari kebun. 2 ekor ayam kampung disembelih dan diproses sendiri. Rencahnya ditumbuk ; bawang putih, bawang merah, halia. Ditumis dengan rempah tumis. Masukkan ayam dan bubuh kicap. Bubuh sedikit air asam jawa, garam dan gula secukupnya.


Siap.... Simple je. Janji sedap dimakan seisi keluarga.

alhamdulillah.. kenyang seisi keluarga dimakan dengan lontong nasi...

11 comments:

  1. Wah..hebat ya memasak..tahniah demi anak2 kan..

    ReplyDelete
  2. perghhhhhhhhh sedapnya...... habtar sikit he

    ReplyDelete
  3. Wahhh lodehh! Lama tak makan sedap niii^^ **lama tak melawat kakmia.. selamat hari raya kakmiaaa!! 😊

    ReplyDelete
  4. kuah lodek tu mampu buat perut rasa lapar semula

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...org Johor mmg x lepas dgn kuah lodeh ...:)

    ReplyDelete
  6. Dulu saya tak pandai makan masak lodeh tu, lepas kahwin ni barulah reti sikit demi sikit.. hehehe..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.