DIY : Jahit Batu Seremban

Tuesday, June 20, 2017

DIY : Jahit Batu Seremban


Projek DIY (do-it-yourself) di rumah kali ini ialah jahit batu seremban. Permintaan dari Sofea nak main batu seremban di sekolah dia waktu subjek pendidikan jasmani di bulan puasa ini. Cikgunya yang suruh bawa selain dari belajar bab teori.

Makanya, Mia pun gunting kain dan jahit batu seremban berukuran 1.5 inci x 3 inci. Kesemuanya ada 7 biji batu seremban. Mia guna kacang hijau untuk dimasukkan ke dalam batu seremban.

Operasi pun bermula....





Dan... inilah hasilnya. Mia siap jahit beg kecil yang simple sebagai tempat simpan batu seremban ini. Guna kain yang sama supaya nampak sedondon satu set.



Leganya.... permintaan Sofea telah ditunaikan. Mia rasa gembira dapat jahit sendiri untuk Sofea.

** Sofea baru nak mula belajar main batu seremban di sekolah...

Entri berkaitan :
- DIY : Jahit Langsir Tingkap Rumah


14 comments:

  1. rindu pulak zaman kanak-kanak main batu seremban ni. tapi masa tu pakai batu. kalau ada kain pun order dengan kawan je. isi dalamnya letak pasir. bila baling kadang2 terkeluar pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... dulu pakai pasir memang selalu terkeluar... tapi seronok je kan main batu seremban..

      Delete
  2. good job mama....anak dara baru nak berjinak-jinak dengan permainan tradisional ehh...elok juga di ajar..kalau tak nanti habis ditinggal zaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... memang.. kalau tak diturunkan ilmu main batu seremban ni, lama-lama boleh pupus..

      Delete
  3. siap ada beg! amboiii sangat..hahahaha...sakan la Sofea lepas ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk sally... kena ada beg comel ni.. supaya tak bersepah batu serembannya... hihihi...

      Delete
  4. Zaman kecik2 dlu mmg famous mainan ni. Best bila balik kg, kumpul dgn sepupu sepapat pastu main batu seremban ni. Haaa sapa yg kalah kena denda. Sapa yang menang bangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... masa tu otai-otai main... bila kalah stres macam apa.. padahal main batu seremban je...

      Delete
  5. MAinan klasik nie..Rindu nk jd budk2😂

    ReplyDelete
  6. amboi cantiknya batu seremban dia. zaman dulu main batu kutip belakang rumah je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah.. nak bagi sokongan moral kat sofea supaya suka main batu seremban ni..

      Delete
  7. assalamualaikum mia...wah ! cantiknya...tentu sofea seronokkan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... memang seronok sofea.. hari-hari dok main ni..

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters May 2017