Amalan Malam Raya



Amalan Malam Raya

Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati." (Riwayat Imam at-Thabrani daripada 'Ubadah r.a.)

Amalan zikir berikut dipetik daripada kitan Jami' al-Fawaid wa Jauhar al-Qola'id karangan asy-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, halaman 117:


Amalan Pertama (dibaca 300 kali)

Barang siapa membaca pada malam hari raya fitrah 300 kali kemudian dihadiahkan kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia, dimasukkan dalam tiap-tiap kubur mereka 1000 cahaya dan dijadikan dalam kuburnya nanti 1000 cahaya.


Amalan Kedua (dibaca 400 kali)

Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua hari raya,
  • Dikahwinkan Allah dengan 400 orang Hurul ain (bidadari)
  • Seperti memerdekakan 100 hamba
  • Malaikat membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat.


Bagi kedua-dua amalan, waktu mengamalkannya adalah antara lepas Maghrib malam raya hingga didirikan solat sunat hari raya.

Nota : Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Rasulullah SAW.

** sekadar perkongsian yang bermanfaat untuk amalan di malam raya.... selamat beramal...

Post a Comment

6 Comments

  1. SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    Kalau ada tersalah kata, terguris hati, terlepas bicara,tersalah komen, terburuk sangka..harap ampun maaf... Semoga ikatan ukhuwah kerana Allah akan terjaga dan sentiasa dalam rahmatNya..Terima kasih sbb menjadi sahabat, mentor di alam maya ni..dan semoga kita semua sentiasa dlm redha Allah..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete