image Kisah | Mencari Rezeki - Mia Liana

Sunday, June 18, 2017

# Short Story # Tazkirah

Kisah | Mencari Rezeki



Mia kongsikan kisah tentang mencari rezeki dari whatsapp group. Bersangka baiklah pada Allah dan sentiasa bersabar atas dugaanNya. Moga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini. Jemput baca...


Saya pernah berniaga bazar.

Saya biasa berniaga bazar.

Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.

Dari bangun awal pagi, masak lauk sampai tengahari.

Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.

Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat. 

Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua.

Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.

Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.

Peniaga lain dah mula bungkus.

Muka masing-masing hampa.

Kecewa lebih ramai sebenarnya.

Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.

Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.

Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.

Teringat mak pesan,

'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.

"Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!"

"Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!"

Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.

Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.

"Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai2. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?"

Nak nanges!

Allah balas kepercayaan ni.

Saya ajak semua lauk ke rumah akak

"Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira."

'Baik kak!'

Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.

Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!

Sumber : Ustaz Abu Hurairah Asifa

** usaha dan tawakkal....

9 comments:

  1. Rezeki tak pernah salah alamat..selagi percaya pada Allah, insya Allah pasti ada..

    ReplyDelete
  2. betul ni...rezeki tu dari Allah..bersangka baik dengan Allah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia....rezeki dr Allah..tanpa dijangka rezeki sentiasa ada dan ianya tidak salah tempatkan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... selalu memang macam tu... asalkan kita usaha dan berdoa..

      Delete
  4. kalau baca kisah macam ni memang buat kita jadi sebak..kita faham perasaan orang tu sangat2...semoga kita semua dilimpahi rezeki yang cukup dari Allah..

    ReplyDelete