image Hari McD Turun Padang - Mia Liana

Friday, 5 October 2018

# Informasi Semasa

Hari McD Turun Padang


Kuala Lumpur, 5 Oktober 2018 – Seramai lebih 200 kakitangan pejabat, para francaisi, dan rakan niaga McDonald’s Malaysia ‘turun padang’ hari ini dan bekerja bersama warga kerja restoran untuk melayani pelanggan dalam usaha mereka melibatkan diri dan memahami usaha yang dilaksanakan untuk memberi pengalaman terbaik atau “feel-good-moments” kepada pelanggan yang dijanjikan McDonald’s.


Antara rakan niaga utama yang turut serta termasuklah Datuk Kamal bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio. 

“Saya sangat teruja dapat bersama famili McDonald’s pada hari ini dan membantu menyediakan hidangan McDonald’s untuk pelanggannya. McDonald’s merupakan jenama yang sangat konsisten demi memberikan yang terbaik dalam penyediaan makanan yang lazat dan berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggannya, dan ia sentiasa dihidangkan dengan senyuman,” kata Datuk Kamal. 

“Peluang bekerja bersama warga kerja restoran pada hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai kerana saya dapat memahami apa yang berlaku di sebalik tabir restoran McDonald’s. McDonald’s sentiasa menitikberatkan kepentingan kakitangannya sama seperti pelanggan mereka. Syarikat ini sentiasa mengutamakan warga kerjanya, dan tidak dinafikan ia merupakan tempat yang cukup baik untuk membina kerjaya,” kata Datuk Izham.

Baru-baru ini, McDonald’s telah menerima anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 daripada AON, Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) daripada HR Asia, dan Majikan Francais Terbaik 2018 daripada Anugerah Francais Malaysia. 

Pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) McDonald’s – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk warga kerjanya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan menyediakan peluang pembangunan kerjaya.

“Hari McD Turun Padang merupakan acara tahunan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 12,000 warga kerja restoran kami di Malaysia. Komitmen tidak berbelah bahagi mereka telah banyak menyumbang kepada kejayaan berterusan jenama McDonald’s sehingga kini,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Menurut Azmir, McDonald’s Malaysia telah melabur lebih RM8 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan modal insan, selaras dengan matlamat syarikat untuk menyediakan laluan kerjaya yang mampan untuk warga kerjanya.

Inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan oleh McDonald’s kearah memperkasakan warga kerjanya membantu syarikat untuk menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat – yang merupakan elemen penting kearah mencapai sasaran pertumbuhan syarikat membuka 500 restoran di Malaysia menjelang tahun 2020.

** press release...

5 comments:

  1. McD memang terkenal dengan cara atau style daya menarik nampak dah di depan permis ini

    ReplyDelete
  2. Wah, bagusnya buat hari turun padang macamni..atleast mereka boleh rapatkan ukhuwah antara pekerja..

    ReplyDelete