image Makan Tengahari Di Restoren Wadi Hana Elarabi - Mia Liana

Monday, 8 October 2018

# Work Matters

Makan Tengahari Di Restoren Wadi Hana Elarabi


Kisah tengahari semalam. Ada makan-makan untuk 2 pelajar praktikal Unit ICT yang baru habis menjalani latihan industri pada hari Khamis lepas. Hasif dan Amirul pelajar dari Kolej Kemahiran Johor.

Kebetulan tengahari semalam hujan lebat jadinya Restoren Wadi Hana Elarabi dipilih Bos Mia. Katanya nak tukar selera makan nasi Arab pula. Nasib tak jauh dari pejabat Mia. Lokasi di Desa Rahmat, Tampoi, Johor Bahru.

Mia sampai lambat sedikit. Yang lain dah order dan makan dulu. Staf ICT yang tiada kali ini ialah Shila. Ada hal katanya.

Jom tengok...





Buku menu Restoren Wadi Hana Elarabi. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Macam-macam jenis rupanya nasi Arab ni.




Meriah sakan mereka makan ketika Mia baru sampai ke lokasi. Uniknya duduk bersila di sini.



Menu sampingan

Menu sampingan


Menu Mia baru sampai... makan ni dengan minum air sirap limau. Banyak sangat. Tak dapat nak habiskan.



Alhamdulillah... syukur. Terima kasih kat Bos Mia yang belanja kami makan-makan nasi Arab ni. Suka budak-budak praktikal. Harap mereka dapat mempraktikkan apa yang dibelajar di sini untuk kemudian hari.


** lunch hour time....


6 comments:

  1. waduh waduh sedapnya, lama takmakan makanan arab

    ReplyDelete
  2. Lama tak datang ke sini makan.
    Kalau dulu duduk Bukit Indah, memang ada Geng suka makan ansi Arab, jadi seminggu sekali mesti pergi heheheh

    ReplyDelete
  3. hihi untung budak praktikal tu hihi

    lama tak makan nasi arab :( sedapnya

    ReplyDelete