Awas! Pokok Ini Beracun


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Post a Comment

20 Comments

  1. really??????
    awk maksudkan pokok hiasan 2... pokok plastik 2 or pokok yg betul2...yg tnam gna tanah..

    ini fakta baru ker apa??
    asal tak pnh dgar pon ciap dlm mjlah2 laman tak mnyatakan hal ni???

    bleh comment kt cbox sy tak... hal nie pnting sbb sy ada tanam byak pokok nie...

    ReplyDelete
  2. daun dia ni bila terkena pd kulit mmg kulit jd gatal2. Kt kg I dulu penuh 1 kebun ditebas pun tetap tumbuh subur. Pendek kata, tak payah la tanam sbb senang merebak...tp tak tau plak yg ianya boleh membunuh...

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu...terpaksa la I sebarkan kat blog I juga...thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  4. serius?? abis la lepas ni senang la orang nak buat kes jenayah bunuh tak payah pakai racun... suap daun je dah bole

    ReplyDelete
  5. biar btol sis...dasat jg...selalu je nampak pokok nie...serius..

    ReplyDelete
  6. akak dapat maklumat ni dari seorang kawan...nampak gayanya macam benar... risau juga...

    ReplyDelete
  7. Betulkah itu? dirumah awak banyak pohon seperti itu, harus hati-hati nich

    ReplyDelete
  8. wah betol ke?abis tu nape org taman pokok ni bnyk2 wat hiasan...urm aku tak penah suke pokok ni....

    nice info...eh nk kuar cari pokok ni jap...nk jalankan aktiviti pemusnahan!haha

    ReplyDelete
  9. satu lgi spesis yg biasa ada di kawasan skolah sbgai pokok peneduh adalah indonesian umbrella... kabarnya pun sgt bahaya!

    ReplyDelete
  10. takutlah. tak sangka kan pokok hiasan macam ni pun beracun. bahaya ni. hmm

    ReplyDelete
  11. tapi dulu masa kt kg mak mmg tak bg main getak daunnyer..ntah dia kata racun. itu jerlah..tapi mmg tak suka pegang pun sebab getahnya putih cam cair gitu kalau pegang mmg kena basuh tangan.

    ReplyDelete
  12. oihhh biar btoi...
    bahaya cmpai cm 2
    dalam i mint ja..
    emm mmg sgt2 bahaya
    thnks kak mia sbb bagitau..
    blh tlg infrm kan kat mak2 saudara :D

    ReplyDelete
  13. ajal maut di tangan tuhan

    ReplyDelete
  14. Ramai umah orang melayu tanam pokok ini.

    ReplyDelete
  15. tolongla bagi tau nama pokok ni.

    ReplyDelete