Kali ini lokasi memasak di rumah Mak Mertua. Tadi tengahari Mia tolong Mak Mertua masak lauk asam pedas ayam. Bahan-bahan yang perlu diblender ialah bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan lada merah.


 Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang telah diblender sehingga garing. 

Lepas tu, masukkan lada kering yang telah dikisar. Kalau semuanya lada kering nanti pedas sangat. Sebab itu dicampur dengan lada merah, nanti taklah pedas sangat.

Goreng lagi sampai garing. Cuba cium ada bau tak?


Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga sebati. Lepas tu biarkan kejap.

Masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih. Jangan lupa tambahkan garam semasa mendidih.

Akhir sekali masukkan daun kesum. Hmmm siaplah asam pedas ayam ini....

Hidangkan di dalam mangkuk dan dimakan bersama nasi. Cukup menyelerakan.

p/s:  boleh dipelbagaikan dengan menambah lobak masin, sayur bendi dan bunga kantan...