Memandangkan sekarang ini Sofea dah agak besar walaupun belum mencecah 3 tahun, latihan mengajar buang air kecil dan air besar di dalam bilik air telah pun dimulakan sebulan yang lepas. Masa tu, kejap on dan kejap off.

Target pada bulan ini, supaya Sofea tidak lagi menggunakan pampers. Pampers hanya akan digunakan untuk tidur dan ketika berjalan sahaja.

Jadi bila ada baby toilet seat ini, akan mudahlah urusan latihan mengajar Sofea ini. Suka betul Sofea bila dibelikan seat ini... asyik-asyik nak ke tandas sahaja, sebab nak duduk kat atas seat ini.



p/s: suka melihat perkembangan Sofea yang positif terhadap latihan ini...