Buah Delima | Khasiatnya


Buah delima memang banyak khasiatnya. Masa mengandungkan Sofea dulu memang selalu makan buah delima ni.

Memandangkan Mia ni dah hampir sebulan batuk on dan off sehingga macam-macam ubat pun dah tak boleh jalan. Dada sampai sakit-sakit dan lendir di tekak masih ada lagi. Risau juga...

Nak dijadikan cerita. Kisahnya masa balik kampung minggu lepas. Mia asyik terbatuk-batuk sahaja sampai nak nafas pun susah. Kalau banyak cakap memang gatal sangat tekaknya. Manalah boleh diam, bila balik kampung mesti ada yang nak diboraknya.

Mak Mia dengan baik hatinya telah rebuskan buah delima yang telah pun masak. Sayang kat mak... Kalau buah delima muda boleh juga, tapi kenalah dua atau tiga biji. Lokasi dapur di rumah keluarga Mia. Nasib baik Ayah Mia tanam depan rumah dan kebetulan pula ada sebiji yang dah masak. Agaknya dah rezeki Mia, maka terus dipetik dan direbus sehingga mendidih agak lama. Masak hampir separuh dalam periuk sederhana. Kemudian disejukkan dan dimasukkan ke dalam botol air kosong (bekas kordial durian belanda). Banyak pula bila dah dituang.

Mia pun minum segelas di waktu pagi dan segelas di waktu malam. Rasanya memang tidak sedap, terasa kelat + payau melekat di tekak.

Alhamdulillah, setakat ini dah beransur pulih batuk Mia... Terima kasih pada Mak Uda (adik Mak Mia) yang beritahu petua ini.

Buah delima dicuci bersih dan dipotong-potong kemudian direbus sehingga mendidih. Biarkan lama sedikit.

Bila dah sejuk, dituang ke dalam botol air (bekas kordial durian belanda) hampir tiga suku penuhnya dan disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

p/s: minum begitu sahaja tanpa gula....