Susah nak cakap macamana... nak beritahu ni... Mia sekarang memang busy sangat-sangat. Minggu ni memang kritikal betul bagi Mia menyiapkan dokumentasi untuk sistem yang telah Mia bangunkan. Mengarang sampai dah kering idea. Rehat sekejap lepas tu sambung balik. Tidur pun sudah tidak menentu. Bangun pukul 3.00 pagi ni, nak sambung semula.

Semuanya ada 5 bab.
Bab 1 - Pengenalan Projek
Bab 2 - Kajian Literatur
Bab 3 - Analisis dan Rekabentuk
Bab 4 - Perlaksanaan, Implementasi dan Pengujian
Bab 5 - Perbincangan dan Kesimpulan

Selepas dah siap draf ini, Mia akan hantar pada Project Supervisor (cadangannya pada hari esok) untuk semakan. Selepas itu, barulah Mia boleh bind dengan hard cover. Tak sabarnya nak cepat-cepat siap.

Minggu depan pula Mia akan fokus untuk final exam Malaysian Studies yang jatuh pada hari Khamis depan, 26 April 2012.

Tarikh nafas tenang-tenang dan Mia sambung semula buat dokumentasi... Yeahhh! Kena bersemangat ni...

p/s: update blog sekejap di kala merehatkan otak...