Air Terjun Gunung Ledang

Musim cuti raya tahun baru Cina yang lepas, Mia sekeluarga termasuk Adik Mia pergi bercuti dan bermandi-manda di air terjun Gunung Ledang dan menginap di Gunung Ledang Resort selama 2 hari 1 malam. Check in pukul 2.00 petang 11 Februari 2013. Ramai orang betul yang datang ke tempat rekreasi ini. Air terjunnya terasa begitu sejuk dan udara begitu segar. Nyaman dan indah. Puas betul kami mandi.

Mandi Air Terjun

Hari pertama, petang 11 Februari 2013. Kali pertama Sofea jejakkan kaki ke dalam air terjun. Memang terjerit-jerit takut air. Bila dah masuk air, terus suka.



Hari kedua, pagi 12 Februari 2013. Sofea dah mula berenang dengan menggunakan pelampung dan suka sangat sehingga tidak mahu naik. Nak duduk dalam air sahaja lama-lama.




Gunung Ledang Resort

posing terbaik daripada Sofea

sibuk nak makan sendiri

kolam ikan

di hadapan bilik standard

2 katil bujang

penat sangat mandi, terus tertidur

masa untuk bersama keluarga...