Tragedi notebook Mia rosak berlaku sehari sebelum Raya Cina. Notebook yang banyak berjasa pada Mia. Kali terakhir buat kerja-kerja berat ialah semasa menyiapkan mockup video untuk Pejabat LPNM Sarawak

Notebook masih boleh dihidupkan dengann safety mode. Kalau normal mode, akan keluar skrin biru. Sayangnya lcd skrin notebook blank dan tidak menyala. Terpaksa menggunakan external monitor. Suami Mia sambungkan pada monitor pc rumah. Barulah boleh nampak. Kemudian terus buat backup data ke external harddisk Mia.



Disyaki lcd skrin notebook terbakar dan juga ada hardware failure kat graphic card.  Kalau format sahaja, senang sebab ada cd recovery. Ini melibatkan alat ganti, terpaksalah tunggu lepas Raya Cina baru hantar ke kedai.

Lepas dah siap backup, baru balik kampung hari Sabtu lepas dengan mood sedih. Selama ini kalau ke mana-mana saja memang Mia akan bawa notebook ni.

Buat sementara waktu ketika berjalan-jalan semasa cuti raya Cina ni, Mia akan gunakan notebook adik Mia atau update blog melalui handphone sahaja.

betul-betul kekok bila tiada notebook di sisi.....