Burger Bakar

Tadi petang balik kerja, di kala hujan renyai-renyai terus Mia singgah kat gerai yang telah pun Mia jeling-jeling selama ini setiap kali ingin bungkus makanan kat gerai nasi lemak yang berderetan dengannya. Kali ini digagahi juga singgah kat gerai burger bakar ini.

Mia order burger bakar daging ayam 200g dengan cheese. Harganya RM 7.50. Balik rumah tadi sebelum bermulanya cerita Setia Hujung Nyawa di TV3, cepat-cepat kami makan sekeluarga. Memang puaslah makan. Kenyang... Alhamdulillah...


Inilah gerai yang Mia beli petang tadi. Berdekatan dengan kedai makan Mama Chop Papa Grill di Taman Universiti ini.

kali pertama makan burger besar... tebalnya daging ayam tu lebih kurang 1 inci....