Tutorial Letak Google Analytics ID Di Blog

Tutorial Letak Google Analytics ID Di Blog

Sudah tiba masanya Mia nak tunjukkan cara-cara untuk meletakkan Google Analytics ID di blog bagi mendapatkan laporan trafik yang tepat. Banyak keistimewaannya bila gunakan Google Analytics, kita boleh tahu macam-macam tentang pengunjung blog kita.

Langkah pertama, kita hendaklah meletakkan Google Analytics ID di blog supaya senang Google Analytics membuat analisis dan laporan trafik blog kita nanti.

Sebenarnya, tutorial ini telah pun Mia buat dalam bahasa Inggeris di SINI. Kali ini Mia nak kongsikan pula dalam bahasa Melayu.

Tutorial ini akan menunjukkan langkah demi langkah memasukkan Google Analytics ID ke dalam blog. Sila klik pada gambar untuk besarkan. Selamat mencuba!

1. Sila buka http://www.google.com/analytics dan klik pada butang Create An Account.


2. Daftar dahulu jika anda belum ada lagi Google account dengan klik pada butang Sign Up atau jika anda sudah ada Google Account, sila klik pada butang Sign In.


3. Jika klik pada butang Sign Up, anda perlu mengisi butiran yang diperlukan dan seterusnya klik pada butang Create My Account. Sila ikuti langkah yang diberikan.


4. Apabila Google Account anda telah wujud, sila klik butang Sign In.

5. Selepas itu klik pada butang Sign Up untuk daftar Google Analytics account.

6. Isikan butiran yang diperlukan. Contohnya Teratak Liana. Dan kemudian isikan URL blog.

7. Selepas berjaya membuat Google Analytics account, anda akan diberikan Tracking ID. Sila copy ID tersebut.


8. Jika anda scroll ke bawah sedikit, anda akan nampak coding yang harus dimasukkan ke dalam blog template (tidak digalakkan untuk blogger baru). Mana-mana sama sahaja. Sila pilih salah satu. Jika anda memilih untuk masukkan coding ke dalam blog template, anda tidak perlu masukkan Tracking ID Google Analytics  Code ke dalam Blogger dashboard (di Settings >> Others).



9. Buka dashboard Blogger. Klik pada Settings >> Others. Scroll ke bawah ke ruangan Google Analytics. Paste Tracking ID di situ.

10. Akhirnya, anda telah berjaya melakukannya. Selepas ini, anda bolehlah melihat statistik trafik blog anda dalam Google Analytics.

screenshot di atas dibuat ketika Mia sedang memasukkan Google Analytic ID ke dalam blog kedua Mia, Teratak Liana.

Post a Comment

69 Comments

  1. assalamualaikum mia...macam senang jer nanti bila senang boleh cuba...:)

    ReplyDelete
  2. tambah lagi ilmu saya..good job kak mia :)

    ReplyDelete
  3. paly mmg gune analytic, tepat dan padat :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini Mia. Akak dah agak lama ada Tracking ID ni tapi belum letak di blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak salmi... lepas ni dah boleh letakkan kat blog ya...

      Delete
  5. Terima kasih berkongsi..senang nak pantau

    ReplyDelete
  6. Kak Mia mcm tahu2 je E'raz nak carik info ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dari dulu nak buat entri ni cuma tak sempat...

      Delete
  7. Pada yang belum buat,bolehlah cuba buat ini.

    ReplyDelete
  8. saya dah lama buat tp tak berapa fahamlah analisis yg dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok semua memanglah pening... kita ambik mana yang penting je..

      Delete
  9. Hari itu nak cuba buat tapi lama2 lupa nak buat..hehe..terima kasih share kak mia..senang sikit nak buat kalau ikut tutor kak mia.

    ReplyDelete
  10. oo... baru tahu...
    nak buat jugalah bila line laju nanti...
    bookmark dulu page ni... :)

    ReplyDelete
  11. Good Info Mia..and memang banyak info kat google analytic ni kalau dah ada..macam-macam boleh tau..

    ReplyDelete
  12. thanks kak mia shida dah guna google analytics ni tp baru2 lg hehee..msih perlu tnjuk ajar kak mia :)

    ReplyDelete
  13. Boleh datang sia kalau nk letak benda tu nanti

    ReplyDelete
  14. thankyou for sharing

    http://www.clicktechno.net

    ReplyDelete
  15. Yeayy, dh buat, sblm ni tutor tu tak kongsi yg letak dkt setting tu, ni lg senang, thanks kak mia, btw, tak yah bayar2 kan pakai benda ni? Hehe...

    ReplyDelete
  16. o... macamtu... baru akak faham... terima kasih Mia... :)

    ReplyDelete
  17. thanks kak mia,dah menjadi..hihi
    td pakai tutorial lain, x menjadi..nasib baik akakjd penyelamat
    nak explore la benda analytics ni
    yeyyyy..hepi!

    ReplyDelete
  18. kak mia, saya masukkan link kak mia dekat entry saya yer.. :-)

    Thanks

    ReplyDelete
  19. salam, saya datang sini lepas klik link kat blog intanberlian... saya dah buat sama macam yg mia ajarkan tu.. mudah je rupanya.... ^_^

    ReplyDelete
  20. Dah try buat, dah dpt code dan dah letak pun..
    cuma nak kena godek tang mana nak tengok analytic tu..heheee

    ReplyDelete
  21. terima kasih Kak Mia Liana. entry ini membantu saya.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas perkongsian..

    http://ibuzharifqusyairi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. Terima Kasih...

    Boleh melawat blog saya yang setahun jagung manis ini http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. apa beza dengan yang coding tu ya kak mia?

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah baru letak, tp tak tahu nak tgk google analytic tu kt mana. Blog saya http://www.loan4ccrisctos.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. Thanx Mia. Sue baru buat. Satu info yang berguna

    ReplyDelete
  27. tq tq mudah nak faham..


    www.syimayusuf96.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sebab sudi kongsi ilmu ni..:)

    http://qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete
  29. Bileh saja letak kedua2. Id dan code pd body.. no problem

    ReplyDelete