Selamat tinggal Bloggeroid..... Sejak feed blog Mia ada masalah tempohari di SINI, Mia ada buat kajian, bertanya dengan blogger lain dan semak dengan blog tutorial. Katanya, kadang feed blog boleh bermasalah jika di dalam entri kita mengandungi coding yang tidak sepatutnya. Mia kurang arif tentang ini sangat sebab nak kena study betul-betul barulah dapat keputusan yang tepat. Disebabkan Mia agak sibuk, Mia ikut cadangan mereka agar buat masa ini elakkan update blog dengan bloggeroid. Mungkin dengan blog lain tiada masalah. Jangan salah faham ya... aplikasi bloggeroid bagus cuma mungkin dah tak serasi lagi dengan blog Mia...

Setelah tidak menggunakan bloggeroid, feed blog ini kembali normal dan tidak bermasalah lagi. Pelik juga, banyak faktor sebenarnya yang boleh buatkan feed blog bermasalah. Setakat ini, dah ada 3 kes blog lain yang Mia dapat selesaikan.

Mia masih update blog secara mobile dengan cara lain. (^_^)

bye bye.... bloggeroid...