Tentu nak tahu kan... apa yang kami beli semasa sesi shopping di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur (TAR) dalam entri SINI... Mia akan kisahkan di entri ini.

Apalagi, sekarang kan musim cuti sekolah, tentulah ada sales di situ. Paling teruja sekali bila ada kain pasang 4 meter dijual dengan harga RM10. Memang mabuk shopping lagi ni. Jenuh nak mencari satu persatu dan yang berkenan di hati.

Konon, tak nak beli. Tapi kalau Lela, Aqhmar dan Nasuha beli... takkan Mia tak beli kot... Aduhai, kali ini Mia tertewas dengan godaan RM10.

Jom tengok...

Kain pasang RM10 yang Mia beli

Tudung lycra awning quodroy. Harganya RM19 setiap satu selepas habis Mia tawar-menawar.

Lela beli 3 helai kain pasang RM10 ni...


Aqhmar beli tudung (warna oren RM7 dan biru RM11) dan kain pasang RM10


Nasuha beli 2 helai kain pasang RM10

Kena pandai pilih yang cantik. Itu yang ambil masa lama juga tu. Tetapi tidak mengapa, asalkan berbaloi dengan harga yang dibeli. Cukup puas hati lebih daripada itu..

tak sabar nak pakai, terus Mia cepat-cepat pergi tempah baju kurung... (^_^)