Bila dah bulan Disember ini, ramai yang pergi bercuti bersama keluarga. Nak juga pergi bercuti tapi rasanya di sekitar Johor sahaja. Nak pergi jauh-jauh macam tak larat. Nak-nak musim hujan... hmmm...

Dulu masa berdua, kalau bercuti pergi jauh-jauh. Bila dah bertiga, rasanya pergi yang dekat sahaja. Takut anak penat sangat. Tunggu Sofea besar sedikit barulah seronok.

Kalau nak bercuti, kenalah siapkan kerja-kerja di pejabat dahulu, supaya naik nanti tidak bertimbun. Jeles juga tengok orang lain dah pergi bercuti... Entah apa kena... Tiba-tiba nak bermonolog pula pagi ini.... huhuhu

mood nak bercuti...