Setelah fikir masak-masak dan bincang dengan Bos Mia, nampaknya Mia tak jadi outstation ke Melaka minggu ini. Bukannya suka-suka buat keputusan ini, ada komitmen lain yang harus dibuat di pejabat. Bos Mia akan pergi seorang. 

Bayangkan Unit ICT ada berapa kerat je. Nampak macam tak ada kerja, tetapi sebenarnya ada. Cuma yang duduk kat Unit ini saja yang tahu betapa tunggang langgangnya kami. Nasib ada budak praktikal, kalau tak ada memang pengsan lah. Unit ini ada 4 orang sahaja tetapi nak cover pejabat-pejabat cawangan dan negeri satu Malaysia. Juruteknik seorang sahaja. Dah mohon pertambahan perjawatan tetapi tidak diluluskan. Mungkin sebab berada di aliran pertanian, kepentingan ICT itu tidak nampak.

Sedihnya, sebab itu Mia mohon kat tempat lain untuk kenaikan ke gred 41 sejak habis belajar jarak jauh di Open University Malaysia. Setiap hari berdoa tak putus-putus. Tahun ini nak cuba usaha lebih keras lagi. Tak mahu sampai ke tua dengan gred F29... Tolong doakan Mia ya....

cubalah duduk satu hari di Unit ICT... nanti tahulah  rasanya macam mana...