Yeo's Pilihan Semulajadiku

Yeo's... Satu nama yang tidak asing lagi dalam hidup Mia. Sejak dari Mia kecil sehinggalah dewasa dan kini mempunyai keluarga sendiri. Ibarat pepatah Melayu... tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.  Ternyata Yeo's pilihan semulajadiku. 

Banyak betul produk Yeo's di pasaran dan amat mudah didapati di mana-mana sahaja sama ada di kedai runcit, kedai makan, pasaraya, pusat membeli-belah, stesyen minyak dan lain-lain lagi. Bercakap tentang Yeo's tentu sudah tergambar di fikiran produk mana yang sering digunakan. Sememangnya berpuas hati dan amat selesa dengan Yeo's.

Terlalu banyak detik-detik indah bersama Yeo's yang ingin Mia kongsikan di sini. Sebagai seorang blogger personal sudah tentu ada kongsikan kisah kehidupan untuk tatapan pengunjung.

Mia ada kongsikan satu tips di blog ini pada tahun 2012 tentang penjagaan tuala mandi baru. Tuala mandi baru haruslah direndam dan cuci terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya lebih tahan lama dan daya serap. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk meminimumkan kepudaran warna dari tuala mandi ialah cuka, garam dan air. Tuala mandi baru hendaklah direndam selama sejam di dalam 1/2 gelen air yang bercampur 1/2 cawan cuka dan 1/2 - 1 sudu garam. Mia menggunakan produk Yeo's Cuka Buatan. Nak tahu cara-caranya, boleh klik SINI.

Pada tahun lepas, 2013 semasa birthday Sofea yang ke 4 tahun, Mia dan Suami Mia ada buat sambutan untuk meraikan Sofea bersama cikgu dan rakan setadika. Kami berdua buat operasi besar-besaran menyiapkan 40 goodies bag. Memandangkan pada masa itu bulan puasa, maka kami sambut secara ringkas sahaja. Salah satu barang dalam goodies bag ialah produk Yeo's Teh Krisantimum. Pilihan yang senang dan semua orang boleh minum. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, boleh klik SINI.

Lauk ikan sardin sentiasa digemari oleh keluarga Mertua Mia. Menu makanan yang dimasak oleh Mak Mertua Mia ini ada caranya tersendiri dan sedap. Hidangan yang mudah disediakan walaupun blackout ketika memasak namun hubungan erat sekeluarga tetap terjalin dengan mesranya bersama Yeo's Sardin yang dinikmati. Untuk lihat entri ini selanjutnya, boleh klik SINI.

Perkongsian dari Suami Mia yang kadang-kadang kelaparan di tengah-tengah malam. Memang sah kuat makan orangnya. Terutamanya bila berjaga lewat malam. Maka terhasillah resepi mee segera yang pelbagai untuk mengisi perut yang lapar. Resepinya sedap, mudah dan ringkas dengan hanya memasak menggunakan microwave sahaja. Yeo's tetap menjadi pilihan semulajadi dengan produk mee segera Cintan perisa kari, Yeo's Sardin dan Yeo's Sambal Udang. Gabungan ini menghasilkan resepi mee segera seafood yang sedap. Nak tahu cara-caranya, boleh klik SINI.


Kebetulan selepas Suami Mia hampir siap digunting rambutnya, Auntie Chin telah menghidangkan kami dengan air minuman kotak Yeo's  untuk menghilangkan dahaga. Mungkin sebab agak lama juga Mia dan Sofea menunggu. Sofea mulalah terasa haus bila dah puas main dan berlari-lari dengan sikat. Pucuk dicita, ulam mendatang. Apalagi, teruslah minum. Masih lagi mood Tahun Baru Cina 2014 katanya. Keriangan kami sekeluarga tidak terkira dan terus dipotretkan dalam entri blog. Suami Mia pilih untuk minum Yeo's Teh Hijau, bagus untuk kesihatan kata Auntie Chin. Untuk lihat entri ini selanjutnya, boleh klik SINI.




Sedap... mudah dan menjimatkan....Yeo's Pilihan Semulajadiku

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Jemput follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

yeos-minicontest-468x60


Jom support Mia untuk contest Yeo's Malaysia dengan klik butang share facebook dan google+ di bawah ini...
Share Button

support Mia ya.... please...