Tadi petang, selepas ke Karnival Pendidikan MARA 2014, Mia dan Lela jalan-jalan ke SOGO Kuala Lumpur. Uiiii... punyalah ramai orang kat dalamnya. Tengah ada sale a.k.a jualan murah pula. Dalam hati ini dah pasang niat siap-siap tak nak shopping baju atau kasut atau handbag, maka cuma cuci-cuci mata saja. Naik ke tingkat atas.. lepas itu turun ke tingkat bawah. Akhirnya Mia cuma beli aiskrim saja kat kedai Famous Amos ala... yang handmade cookies tu. Sedap juga aiskrim dia..

jadilah buat penyedap tekak

masa kat SOGO tadi

Alhamdulillah... misi hari ini berjaya menahan godaan shopping. Syukur...

layan.. jangan tak layan...