Sebelum ini, Mia ada buat tutorial watermark gambar secara mobile dengan menggunakan aplikasi Add Watermark Free. Cara ini yang paling mudah jika kita ingin menggunakan watermark berbentuk teks atau tulisan. Selanjutnya sila rujuk entri SINI.

Untuk tutorial versi kedua ini, Mia nak tunjukkan cara-cara bagaimana memasukkan imej watermark ke dalam gambar. Sila pastikan imej watermark telah disimpan di dalam folder Gallery dan ianya mestilah berbentuk transparent (.png atau .gif). Aplikasi yang akan digunakan ialah Photo Editor.

Jom tengok cara-cara yang Mia printscreen satu persatu menggunakan handphone Mia, Samsung Galaxy Note 3 dan tulis dengan S-Pen. Sila klik pada gambar untuk besarkan.








Dan inilah hasilnya...


Diharap tutorial ini akan dapat bantu anda untuk watermark gambar secara mobile menggunakan smartphone. Segannya... dengan tulisan tangan Mia yang tidak seberapa ini.

Selamat mencuba...