Tersentuh hati ini bila blog ini jadi inspirasi dan tempat rujukan bagi pelajar-pelajar baru atau junior Open University Malaysia (OUM).



Apa tidaknya sehingga sekarang masih ada pelajar yang bertanya pada Mia. Antaranya hadapi masalah ketika belajar, pengurusan masa yang cekap, nak buat assignment dan jawab exam dengan betul.

Banyak kisah belajar dan tips untuk berjaya dalam pelajaran ada Mia kongsikan di label Study Matters. Ada juga pelajar yang dapat Anugerah Dekan (Dean's List) selepas mengikuti tips dari blog ini. Syukur sangat, blog ini jadi inspirasi buat pelajar-pelajar Open University Malaysia (OUM). Semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya...

mood suka...